Pengalaman menjamu selera penuh gaya serta sukar dilupakan di Bangsar South.
Vogue Lounge adalah ruang makan, ruang istirahat dan bar atas bumbung mengambil inspirasi mewah fashion bible, Vogue yang direka untuk menggambarkan gaya hidup penuh moden dan membawa dimensi baharu hospitaliti kontemporari bagi pengalaman ultra-chic.
Vogue Lounge menampilkan ruang makan, bar koktel, ruang wain dan ruang makan peribadi di aras 38 Menara SUEZCAP, manakala laman atas bumbung menghadirkan bar bagi menyaksikan pemandangan latar langit bandar yang menakjubkan.
Tetamu kami boleh menikmati menu gabungan Eurasian dan Asia-Med dengan pengaruh Perancis dan Jepun atau boleh sahaja ke bar atas bumbung di mana pelayan kami menyediakan minuman sempurna bagi menghangatkan lagi malam anda. Nikmati juga koleksi pelbagai jenis wain yang terdapat di sini. Lonjakkan deria anda di Vogue Lounge.